
|
|
Hukum Diyah dengan Pembunuhan?
Wednesday, 27 June 2012 | 22:14 | 0 JUMPing to me
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ohayou gozaimasu! Hai,lama dah x cakap BM ni... heheh.. kebelakangan,Wa asyik dengar tentang pembunuhan je yang berlaku.. memang menakutkan.. Ari tu,we ade belajar ngan Ustazah pasal Hukum Diyah. aishh... seronok lah belajar FEQAH ni... Ikou,Wa kongsikan apa yang Wa telah belajar... Diyah Maksudnya : ![]() Sejumlah harta yang diwajibkan dengan sebab melakukan Jenayah ke atas orang yang merdeka~ kalau tak faham,meh Wa terangkan dengan maksud Diyah tu... iaitu sejumlah harta yang diwajibkan ke atas seseorang penjenayah yang membunuh seorang mangsa yang tidak bersalah. Maka si penjenayah itu perlu membayar nyawa Si mangsa Hukumnya : wajib sebagai ganti rugi terhadap mangsa ke atasnya. Dalil mewajibkannya: barangsiapa membunuh orang dengan cara tersalah hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman dan serahkan kepada keluarganya (keluarga si mati) Hukum Diyah ni berkaitan dengan Hukum Jenayah dan Jenis Pembunuhan ... Jom teruskan membaca! Jenayah pada maksudnya : ![]() setiap perbuatan yang diharamkan oleh Syara' Agama sama ada berlaku perbuatan ke atas Jiwa atau harta ataupun selain daripada itu. BUNUH: ialah menghilangkan nyawa sesorang yang lahirnya daripada sesuatu perbuatan walaupun secara tidak langsung (Wa tau mungkin korang dah tau apa maksud bunuh) -meh teruskan- Membunuh terbahagi kepada 3 iaitu: 1. pembunuhan secara sengaja 2. tidak tersengaja 3. separa sengaja * Nak tau secara terperinci tak? 1. Pembunuhan secara sengaja: sengaja penjenayah itu memukul seseorang individu,niatnya untuk membunuh dengan sesuatu yang boleh membunuh *senjata laa maksud dia .... hehehehe :DDD hukum dia: wajib ke atasnya (ahli keluarga si mati) bunuh balas. iaitu ahli keluarga si mati boleh membunuh juga orang yang telah membunuh ahli keluarganya. Dalilnya : Diwajibkan ke atas mereka bunuh balas penjenayah. tetapi dengan syaratnya! kalau nak bunuh pembunuh tu balik,pastikan dia tu seorang Islam dan sejahtera. (tulen) 2. Secara Tidak Sengaja. adalah bahawa seorang pembunuh ke hutan untuk memburu (binatang) maka ditmebaknya seorang lelaki maka ia terbunuhlah.. Jom,Wa terangkan: Seorang lelaki yang niatnya hendak memburu binatang di hutan,lalu dia ternampak satu kelibat. Diingatkannya,seekor binatang lalu dia menembak kelibat yang dilihatnya itu. Setelah itu, semestinya seseorang pemburu itu mesti berlari ke arah buruannya itu (untuk melihat apakah hasilnya). Tapi,yang didapatinya bukan haiwan tetapi seorang lelaki (manusia) yang sudahpun meninggalkan dunia. Hukumnya: Tidak wajib bunuh balas ke atasnya. Tetapi, diwajibkan ke atasnya membayar sejumlah harta (yang dikumpul) ke atas nyawa seorang lelaki yang telah dibunuhnya. nyawa seseorang itu berharga 100 ekor unta.. got it? pandai-pandailah cari duit nak bayar~ tak berhati-hati sangat! ![]() That's my last comment,السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tak sabar nak tunggu Bulan Ramadhan menjelma :DDD
mata![]() |